kisah nyata...
Haji Abdul Rahman Patalong beliau Syuro Thailand, mengisahkan kepada kami:
Ibu Maulana Ilyas al Kandahlawi (rah.a) tidak pernah makan sesuatu melainkan makanan itu dibawa pulang oleh suaminya Maulana Ismail.
Beliau juga tidak mencuri pandang ke luar jendela dan sangat menjaga pandangannya.
Inilah sifat seorang ibu yang melahirkan seorang wali Allah yang khas antara yang khas.
Ada satu kisah, satu jemaah telah tiba di sebuah masjid dan membuat usaha dakwah di kariah itu. Setiap malamnya mereka bermimpi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan bangun solat tahajud.
Kemudian, mereka berpindah pula ke masjid yang lain. Di masjid ini, perkara pelik telah berlaku. Tiada seorang pun antara mereka dapat bermimpi jumpa Nabi SAW dan tiada yang bangun tahajud.
Mereka menjadi gusar lalu bermesyuarat perihal amal mereka yang merosot. Akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali ke masjid yang terdahulu.
Mereka bertanya kepada orang tempatan yang telah menjamu mereka makan.
"Daripada sumber mana kamu menjamu kami makan?"
"Saya menggunakan wang saya sendiri daripada hasil titik peluh saya. Apabila jemaah datang saya berazam untuk menggunakan wang saya ini sepenuhnya untuk menjamu jemaah. Tidak sikitpun saya bawa duit itu pulang ke rumah. Saya membeli bahan mentah dan isteri saya akan memasaknya di rumah. Itulah makanan yang saya jamu kepada kalian."
Tahulah mereka bahawa lelaki itu menjamu mereka dengan ikhlas daripada sumber yang halal dan tiada syubhah. Mungkin itu sebabnya mereka dapat bermimpi jumpa Baginda setiap malam.
Kemudian, mereka balik ke masjid kedua dan bertanya kepada orang yang menjamu mereka
Kata orang itu, "Saya ada sorang kawan bukan Islam. Dia pesan, jika ada jemaah datang, dia mau jamu mereka makan. Dia sangat baik tapi suka berjudi. Daripada duit itulah dia telah sediakan makanan untuk kalian."
Astaghfirullah.
Betapa besarnya kesan makanan kepada amalan dan hati manusia.
Semoga kita ambil pengajaran.
Dicatat oleh:
Khairy Tajudin Novelis

Disalin dari grup Kargozari Dakwa II

0 Komentar:

Posting Komentar