Suatu ketika ana pernah mengikuti Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin masuk ke salah sebuah Masjid untuk tazkirah Jumaat. Apabila sampai di pintu masjid, Tuan Guru ternampak ada carpet merah, bermakna ada pembesar atau kenamaan yang datang di masjid solat Jumaat.
Maka Tuan Guru pesan dengan ana agar langkah kaki, jangan sesekali pijak di atas carpet merah kerana kebesaran dunia ada di dalam rumah Allah.
Allahuakbar, begitu sekali Tuan Guru mendidik kita dan itulah guru mursyid kepada anak-anak kalian.
Kemudian selesai sokat Jumaat, Tuan Guru solat ba'diah 4 rakaat dan setiap ruku' dan sujud begitu lama sehinggakan pembesar tidak berpeluang bersalaman dengan Tuan Guru.
Tuan Guru benar-benar mencontohi Imam Sufiyan Tsauri R.A. Begitu menjaga martabat seorang Ulama' dan membezakan dengan Umara'.
Teringat kisah di dalam kitab 99 wali Allah diantaranya Imam Sufiyan Tsauri tidak memegang surat dari Sultan Harun Ar Rasyid.
Semoga Allah limpahi dengan seribu keberkahan, keafiatan dan kerahmatan buat Abina. Amin.
Kredit Coretan:
Mudir Hafiz, Maahad Annoer,
Janda Baik
https://www.facebook.com/100000548697503/posts/5006291686065738/
0 Komentar:
Posting Komentar